[GEORGETOWN, PULAU PINANG]

Dale Philip seorang Vlogger Scottish memberitahu audience bahawa ia telah di scam untuk melihat Chew Jetty, Georgetown. ''Tiada apa untuk di lihat di sini'' dan kerana itu, kami datang melawat lokasi yang ia katakan 'benar atau tidak'.
Chew Jetty, Penang
Kawasan kampung air Chew Jetty bermula dari tepi jalan Gat Lebuh Armenian sehingga ke tepi laut. Chew Jetty atau Sneah1 Chew1 Kio2 dalam Hokkien adalah kampung air terbesar yang di bina sejak pertengahan kurun ke-19. Setiap kampung air mempunyai kuil kecil untuk menyembah Dewa Laut. Terdapat lapan clan jetty di Pulau Pinang yang dinamakan bersempena dengan nama keluarga mereka iaitu; Lim, Chew, Tan, Lee, Yeoh, Koay, Peng Aun dan Mixed Clans. ''Chew'' adalah yang paling terkenal.

Chew Jetty, Penang
First impression, ok-lah tempat ni lebih kurang macam satu kampung air di Sabah jika ia dibangunkan dan di jaga sempurna. Chew Jetty adalah kampung air terbesar dan merupakan penempatan pendatang Cina dari tenggara tanah besar, dari Tung Aun District, Xin Lin She Village, Quan Zhou Prefecture of Fujian Province. Mereka berhijrah dan kerja di laut lalu, mereka mulai membina rumah di pesisir pantai. Bermula dengan 10 keluarga kini penduduknya lebih daripada 1500 orang. Namun, ramai juga yang sudah berpindah ke darat dan tinggal di rumah yang lebih besar. 
Chew Jetty, Penang
Untuk pengetahuan, Chew Jetty merupakan UNESCO World Heritage. Kalau datang hari biasa kawasan ini memang sunyi sepi, hujung minggu atau cuti ? memang meriah dan boleh shopping macam-macam benda atau kraftangan di sini. Tak puas datang sekali, sebab tu esoknya kami datang lagi. Banyak makanan di sekitar kawasan ini dan juga boleh terus ke Armenian Street
Di Chew Jetty juga turut disediakan perkhidmatan naik bot untuk tengok laut dan bergambar dengan background Jambatan Pulau Pinang. Untuk sunset view pastinya cantik tetapi, kami datang ketika matahari sedang bermaharajalela di atas awan. 
Chew Jetty, Penang
Recommended ? Chew Jetty merupakan kampung air warisan yang masih terjaga rapi, tidak banyak yang boleh di lihat di sini selain rumah-rumah mereka dan terdapat banyak jualan daripada penduduknya. Tiada bayaran masuk dan tidak salah untuk datang sekadar melihat warisan keluarga Chew. Mahu beli ole-ole untuk kawan dan keluarga ? tempat ini wajib dilawati kerana, harga barang-barang semua murah-murah belaka. 
Chew Jetty, Penang
...dan saya suka Penang kerana makanannya sedap dan murah serta, ramah pula orangnya. 
Penang, I'll be back soon !